Isteri penyanyi Indonesia, Virgoun berasa bersalah terhadap kemusnahan rumah tangganya yang dibina sejak sembilan tahun lalu.
Inara Rusli mengakui dia kurang berhias sepanjang perkahwinan mereka yang membuatkan Virgoun bersikap curang dengan wanita lain di belakangnya.
“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.
“Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” katanya dalam satu petikan daripada mStar seperti dilaporkan Detik Hot.
Bagaimanapun kata Inara, dia tidak mempunyai masa untuk sentiasa berhias kerana sibuk menguruskan tiga anak mereka yang masih kecil.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/P17-4A-Liputan6_26072023.jpg)
“Menyusukan dua orang anak sudah cukup penat, inikan pula nak cari masa berhias.
“Orang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” katanya.
Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangan secara terbuka.
Penyanyi itu mahu menceraikan isterinya selepas mengakui pendedahan tersebut.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. – Agensi