Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Incomm perkenalkan peranti Samsung 5G baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Pengedar utama telefon jenama Samsung di negara ini, Incomm Sdn Bhd hari ini memperkenalkan edisi terbaharu telefon pintar Samsung Galaxy S21 5G di Bilik Pameran Incomm Samsung Experience Store di Gadong.

    Hadir merasmikan edisi terbaharu itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST Group, Ang Siok Tuan sebagai tetamu kehormat. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Perbankan Runcit BIBD, Clevy Syabil Ariffin bin Jami.

    Samsung Galaxy S21 merupakan peranti mercu terbaharu daripada Samsung tahun ini, menampilkan banyak perubahan daripada peranti sebelumnya, termasuklah contour cut design, cip Exynos 2100 berasaskan 5nm yang berkuasa serta pengimbas cap jari yang pantas dan pastinya memberi kepuasan kepada pengguna.

    Bagi pelanggan kad kredit BIBD, mereka boleh mendapatkan harga diskaun apabila membuat pembelian menggunakan kad tersebut.

    Menurut kenyataan daripada Incomm Experience Store, tempahan sudah dibukakan sejak awal Januari dan mereka yang menempah ketika itu berpeluang mendapat Galaxy Buds Pro dan Smart Tag bagi Samsung S21 manakala Samsung S21 Ultra pula mendapat hadiah sagu hati Galaxy Buds Live dan Smart Tag.

    Bagi maklumat lanjut mengenai peranti canggih tersebut, bolehlah berkunjung ke Incomm Experience Store atau menghubungi mereka menerusi telefon.

    Ang Siok Tuan dan Clevy Syabil Ariffin semasa majlis pelancaran yang diadakan di Gadong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda