Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Incredible Hulk lanyak Seoul

    SEOUL, 22 Feb – Pemain penyerang Brazil Hulk memberikan kemenangan 1-0 kepada Shanghai SIPG selepas membenam FC Seoul tetapi pasukan gergasi China yang berbelanja besar itu memerlukan sepakan penalti untuk menang dan satu kad merah dilayangkan sebelum memenangi aksi pembukaan Liga Juara-Juara AFC semalam.

    Hulk jaringan pada minit ke-53 yang membolehkan pasukan Andre Villas Boas bermula langkah kanan dalam Kumpulan F, di mana mereka mengungguli tangga kedua dengan perbezaan jaringan selepas Red Diamond menang 4-0 ke atas Western Sydney Wanderers.

    SIPG membelanjakan 60 juta euro (AS$63.3 juta) ke atas midfield Brazil, Oscar dalam usaha mereka melakarkan kejayaan selepas mara ke suku akhir tahun lepas di bawah kendalian Sven-Goran Eriksson.

    Tetapi usaha Hulk dan satu lagi rembatan melepasi palang pemain Brazil itu adalah usaha paling hampir SIPG menemui gol dalam aksi separuh masa pertama di depan penonton di Seoul.

    Dalam satu lagi kedudukan Dejan Damjanovic berpeluang untuk menyudahkan pergerakan menarik tuan rumah tetapi penyerang dari Montenegro itu melepaskan ledakan tepat kepada penjaga gol, Yoo Hyun dari jarak dekat.

    Hulk (tengah) mengawal bola  semasa menentang FC Seoul dalam Kumpulan F untuk perlawanan Liga Juara-Juara Asia di Seoul, kelmarin. – AFP
    Hulk (tengah) mengawal bola semasa menentang FC Seoul dalam Kumpulan F untuk perlawanan Liga Juara-Juara Asia di Seoul, kelmarin. – AFP

    Masa paling signifikan Oscar pada separuh masa pertama tiba apabila mengangkat tangannya yang mengenai leher Lee Sang-Ho dan menolak penyerang Seoul yang membolehkannya dilayangkan kad kuning.

    Tetapi Hulk menghidupkan semula permainan dengan masa menarik pada minit ke-53, apabila meledakkan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang menggegarkan palang.

    Enam minit kemudian Damjanovic dijatuhkan dalam kotak penalti, mendapatkan sepakan penalti dan kad kuning kedua bagi He Guan tetapi sepakan penalti penyerang itu dengan mudah diselamatkan oleh Yan Junling dari SIPG.

    Sebelumnya, Urawa dari Jepun meledakkan empat gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan Western Sydney Wanderers untuk memulakan kempen dengan kemenangan.

    Shinzo Koroki dan Tadanari Lee masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh dua minit sebelum Tomoaki Makino dan Rafael Silva mencatatkan jaringan ketika pasukan pelawat Kumpulan F itu menguasai perlawanan di Sydney.

    Keputusan itu memberikan Urawa semangat awal dalam kempen itu bagi merebut mahkota Liga Juara-Juara kedua, tetapi menjejaskan pekluang Wanderer bagi mengikut jejak kejayaan dongeng gelaran mereka 2014, apabila kelab itu hanya ditubuhkan dua tahun.

    Lee merobek pertahanan pasukan tuan rumah pada minit ke-56, apabila hantaran menariknya membolehkan Koroki menyudahkan sepakan bijak kaki kanan.

    Dua minit memudian dan Urawa mengukuhkan permainan, apabila jentera pertahanan Wanderers gagal untuk mengeluarkan bola dan hanya mampu berpandangan sesama sendiri ketika Lee menjaringkan gol kedua.

    Urawa menguasai kelemahan pertahanan apabila Makino, yang tidak dikawal di tiang gol, menyudahkan bola liar hasil sepakan sudut minit ke-68 untuk menukar kedudukan menjadi 3-0.

    Dan empat minit sebelum tamat perlawanan, pemain penyerang Brazil, Silva mendapatkan ruang yang mencukupi apabila membuat larian dan menewaskan Vedran Janjetovic dari luar kotak penalti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda