Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indah khabar dari rupa

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    PENULIS Vera Brosgol yang telah menghasilkan buku Anya’s Ghost kini kembali bersama karya terbarunya, sebuah novel grafik bertemakan memoir bagi kanak-kanak peringkat menengah mengenai percutian perkhemahan musim panas, berjudul Be Prepared.

    Apa yang Vera mahukan adalah untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baharunya, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi gadis Rusia yang berasal dari pinggir bandar itu. Rakan-rakan Vera tinggal di rumah-rumah besar dan mewah dan ibu bapa mereka mampu untuk menghantarkan anak-anak mereka ke perkhemahan musim panas terbaik di sana.

    Ibu Vera yang merupakan seorang ibu tunggal tidak dapat memberikan kemewahan tersebut kepada anaknya, akan tetapi terdapat sebuah perkhemahan musim panas yang mampu terjangkau dalam belanjawannya, Perkhemahan Musim Panas Rusia.

    Vera yakin bahawa dia akan menemukan tempat di mana dia dapat menyesuaikan diri, akan tetapi perkhemahan tersebut bukanlah seperti yang dibayangkannya. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan drama-drama budak popular, pelajaran mengenai sejarah Rusia yang tidak kunjung habis dan rumah-rumah perkhemahan yang seumpama mimpi ngeri.

    Sangat sesuai bagi peminat-peminat Raina Telgemeier, Cece Bell dan Victoria Jamieson, Be Prepared adalah sebuah novel grafik yang mencuit hati mengenai mengenali kebudayaan sendiri, pergelutan untuk menyesuaikan diri dan nilai sebuah persahabatan yang sejati.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda