Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Indah Ruhaila kurang meletup?

    Lebih sedekad mengatur langkah dalam dunia muzik, namun penyanyi, Indah Ruhaila, 35, dilihat ‘tenggelam timbul’.

    Setiap kali ada lagu baharu, barulah namanya disebut. Jika tidak, kehadiran penyanyi yang baru-baru ini melancarkan single All My Heart, bagai samar-samar.

    Perkara ini diakui penyanyi berasal dari Johor Bahru, Johor itu ketika ditemui pada sesi sidang media memperkenalkan lagu All My Heart hasil sentuhan komposer Ajai.

    Indah atau nama sebenar, Siti Ruhailah Hassan tidak menafikan adakala terbit rasa kecewa apabila namanya kurang mendapat perhatian.

    Namun, Indah tidak mengharapkan namanya ‘meletup’, sebaliknya cukup sekadar dikenali dan kemampuan vokalnya.

    Indah tidak menafikan adakala terbit rasa kecewa apabila namanya kurang mendapat perhatian. – Agensi

    “Saya tidak nafikan apabila ada produk, barulah nama disebut. Saya cerewet dalam memilih lagu dan melodi yang dimahukan. Saya sentiasa pastikan lagu baharu kena dengan saya.

    “Saya tidak mahu sekadar rakam lagu tetapi tidak jadi apa-apa. Saya tahu soal diterima atau tidak bergantung kepada rezeki.

    “Sebelum ini, saya pernah merakamkan beberapa lagu dan ada antaranya tidak mendapat perhatian,” katanya.

    Indah mengakui lebih selesa berada pada kedudukan sekarang dan tidak keterlaluan dalam mencari populariti.

    “Namun, setiap kali lancarkan lagu baharu, saya mahu peminat tahu itu lagu saya dan hanya saya yang boleh mendendangkannya dengan cara tersendiri,” katanya yang selesa hidup tanpa limpahan glamor sebagai selebriti.

    Indah mengakui lebih suka hidup seperti orang biasa.

    “Bagi saya, jika terlalu popular pun susah juga. Cuma yang membuatkan saya terkilan adalah kenapa saya kurang mendapat perhatian? Kadangkala timbul persoalan, adakah suara saya tidak sedap?

    “Saya bukan baharu dalam bidang ini, namun saya tertanya-tanya kenapa mereka yang lebih junior boleh ‘naik’ sekejap sahaja sebagai penyanyi melalui platform TikTok?

    “Namun, difikirkan semula, kalau saya hendak kejar populariti, mungkin saya sudah aktif di TikTok. Tetapi saya mahu fokus kepada kualiti berbanding populariti.

    “Mungkin platform TikTok kurang sesuai dengan saya disebabkan faktor umur.

    “Namun, saya tidak nafikan ia platform berkesan untuk mempromosikan pelbagai perkara termasuk lagu,” katanya yang cenderung memperkenalkan lagu baharu melalui Instagram (IG).

    Ditanya mengenai impian yang belum tercapai, Indah teringin untuk mementaskan showcase.

    Akuinya, apabila melihat teman-teman seperti Hael Husaini dan Aina Abdul menganjurkan konsert, impian sama meluap-luap.

    “Jika bukan showcase solo, dapat bergabung dengan penyanyi lain dalam persembahan juga memadai. Perancangan memang ada dengan syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment.

    “Namun, bila akan dianjurkan masih belum pasti,” katanya.

    Mengenai single baharu All My Heart, Indah berharap lagu yang liriknya dihasilkan STR4WBERICHA diterima peminat hingga bolos ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...