Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indeks IHP Ogos menurun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Ogos 2017 menurun sebanyak 0.1 peratus tahun ke tahun berbanding bulan Ogos 2016.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), di sini, Indeks Bukan Makanan mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 peratus, manakala Indeks Makanan dan Minuman Ringan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun.

    Penurunan IHP bagi bulan Ogos 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan Indeks Pakaian dan Kasut sebanyak 3.6 peratus, Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah sebanyak 2.6 peratus dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 0.6 peratus.

    Ini adalah berikutan harga yang lebih rendah pada Indeks Pakaian dan Kasut adalah disebabkan oleh penurunan harga bagi bahan untuk pakaian, kebanyakan pakaian, baju dan kasut.

    Sementara penurunan harga Indeks Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah bagi perabot dan perhiasan, tekstil isi rumah dan kelengkapan isi rumah. Indeks Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan menurun adalah disebabkan oleh penurunan harga pada dandanan rambut dan lain-lain produk untuk penjagaan diri.

    Menurut kenyataan itu lagi, bagi perubahan tempoh ke tempoh, IHP bagi bulan Januari hingga Ogos 2017 mencatatkan penurunan sebanyak 0.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. Indeks Makanan dan Minuman Ringan dan Indeks Bukan Makanan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus dan 0.3 peratus.

    IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

    Laporan penuh IHP bagi bulan Ogos 2017 boleh didapati melalui laman web: www.depd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda