Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Jualan runcit telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus berbanding suku tahun keempat (Q4) 2022 dengan hasil jualan meningkat daripada $440.9 juta kepada $444.2 juta, pada Q4 2023. Dari segi volum jualan, aktiviti jualan runcit juga telah mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 0.3 peratus berbanding

