Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indeks pengeluaran perindustrian Malaysia tumbuh 6.9 peratus

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) berkembang 6.9 peratus pada 2022 berbanding 7.2 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan indeks pembuatan 8.2 peratus, indeks elektrik 4.5 peratus dan indeks perlombongan 2.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan.

    Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagi keseluruhan suku terakhir 2022 itu, IPP meningkat pada kadar lebih perlahan 4.1 peratus berbanding suku sama 2021, dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam indeks pembuatan 4 peratus dan indeks perlombongan 6.2 peratus.

    “Pada Disember, pertumbuhan susut pada 3.0 peratus daripada 4.8 peratus pada November 2022 yang dipacu oleh indeks perlombongan 4.1 peratus dan indeks pembuatan 3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda