Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indeks utama inflasi AS perlahan pada Disember

    WASHINGTON, 27 JAN – Indeks utama inflasi Amerika Syarikat (AS) menurun lagi pada Disember, menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini, membuka laluan kepada kenaikan kadar faedah yang lebih kecil seiring dengan usaha untuk menstabilkan ekonomi.

    Rizab Persekutuan AS telah menaikkan penanda aras kadar pinjaman kepada tujuh kali pada tahun lalu, dengan tujuan untuk mengurangkan permintaan semasa inflasi melonjak, sambil cuba mengelakkan ekonomi terbesar dunia itu jatuh ke dalam resesi.

    Dan langkah-langkah ketat itu telah menunjukkan kesan, dengan indeks harga perbelanjaan peribadi (PCE) yang dipilih oleh Rizab Persekutuan, meningkat 5 peratus bulan lepas berbanding tahun lalu, menurut data Kementerian Perdagangan yang dikeluarkan hari ini.

    Ia mengakibatkan trend menurun yang berterusan sejak pertengahan 2022, apabila AS semakin tertekan dengan kenaikan kos.

    Tambahan pula, Rizab Persekutuan AS juga memberi perhatian kepada indeks harga PCE kerana ia mencerminkan perbelanjaan pengguna sebenar, termasuk peralihan kepada barangan yang lebih murah, berbeza dengan indeks harga pengguna yang lebih dikenali.

    Dan dengan indikator itu meningkat 0.1 peratus dari November hingga Disember, ini boleh membuka laluan kepada kenaikan kadar yang lebih perlahan apabila pegawai menilai kesan keputusan dasar mereka.

    Kenaikan bulanan yang sederhana berlaku apabila harga barangan menurun 0.7 peratus dan kos tenaga turun 5.1 peratus, kata laporan itu. Tetapi harga perkhidmatan meningkat dari bulan sebelumnya.

    Perbelanjaan isi rumah juga susut sebanyak 0.2 peratus antara November dan Disember, kata laporan itu, sambil menambah bahawa pendapatan peribadi meningkat 0.2 peratus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda