Oleh Hajah Saemah Kepli
SERIA, 2 Ogos – Indera Motors Sdn Bhd pengedar rasmi kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover mengadakan jerayawara di kawasan letak kereta Supa Save sehingga 5 Ogos pada bulan ini.
Jerayawara tersebut membukakan peluang kepada orang ramai terutama penggemar kedua-dua jenis kereta tersebut untuk melihat dari dekat kenderaan kegemaran mereka bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Selain itu, jerayawara tersebut juga memberikan peluang kepada orang ramai menyaksikan model terkini Jaguar F-Pace, Jaguar XF, Range Rover Evoque dan Range Rover Velar. Kereta-kereta Approved Pre-Owned (APO) juga turut dipamerkan semasa jerayawara berkenaan.
Sepanjang jerayawara selama tiga hari itu, Indera Motors Sdn Bhd juga membukakan promosi eksklusif, selain memberi peluang kepada orang ramai untuk menguji pandu Jaguar atau Land Rover yang telah disediakan.
