BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Jaguar Land Rover mengumumkan ia telah melanjutkan waktu perniagaannya pada Sabtu dan Ahad untuk memudahkan pelanggan melihat-lihat, memandu uji serta mengadakan servis kereta mereka.
Menurut kenyataan yang diterima, Indera Motors Sdn Bhd akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Sabtu, dan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Ahad. Waktu perniagaan baharu untuk Bilik Pameran Indera Motors dan Selepas Jualan berkuat kuasa mulai 1 November 2020.
Tambah kenyataan lagi, Indera Motors Sdn Bhd juga telah menerima anugerah berprestij ‘Peruncit Asia Pasifik Tahun 2019/20’ untuk perkhidmatan pelanggan cemerlang pada Julai 2020. Waktu perniagaan lanjutan itu akan tetap memberikan keutamaan kepada pelanggannya dalam perniagaan mereka. Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong, berkata, “Kami mahu pelanggan kami meluangkan masa mereka melihat kereta kami atau menghantar kereta mereka untuk servis tanpa bergegas-gegas seperti pada hari biasa.
Kesenangan pelanggan merupakan sebab utama kami melanjutkan waktu perniagaan kami.”
Waktu perniagaan baharu itu juga membenarkan pelanggan mengambil kesempatan ke atas uji pandu dan promosi Win Season of Change oleh Indera Motors. Pelanggan boleh menguji pandu mana-mana kenderaan Land Rover dan berpeluang memenangi hadiah menarik mulai sekarang sehingga 31 Disember 2020.
