Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indera Motors tawar promosi terkini

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam mengumumkan promosi terkininya ‘Jaguar Land Rover Special Three’ yang bermula esok hingga 31 Mac ini.

    Promosi Special Three, dinamakan bersempena dengan Sambutan Hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, terdiri daripada tiga tawaran istimewa iaitu kadar pembiayaan, gadai janji istimewa dan manfaat selepas jualan Jaguar dan Land Rover.

    Promosi ini adalah terhad bagi beberapa unit pilihan Jaguar XE, Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery Sport. Tambahan lagi, setiap pembelian unit pilihan, pelanggan berpeluang mendapatkan kadar pembiayaan rendah daripada biasa dan bayaran bulanan rendah di bawah Baiduri Finance Hire Purchase Plus.

    Pembeli juga akan menikmati perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun, tiga tahun jaminan dan tiga tahun bantuan Roadside.

    Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong berkata, “Indera Motors Sdn Bhd ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dan kebetulan kita juga menyambut Hari Kebangsaan ke-33 tahun pada tahun ini. Ia sangat berpatutan untuk menyambut Sambutan Hari kebangsaan bersama promosi Special Three.

    “Saya ingin menjemput semua untuk mengunjungi bilik pameran kami dan menyaksikan serta memahami lebih mendalami model jenama Jaguar dan Land Rover terkenal dengan kemampuannya,” ujarnya.

    Semasa promosi dijalankan, pelanggan yang mengambil peluang membuat uji pandu mana-mana kereta Jaguar atau Land Rover akan menerima baucar Bake Culture secara percuma.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda