Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indera Motors ungguli Anugerah Pasukan Jualan Terbaik Asia Pasifik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar dan peruncit tunggal kenderaan Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam, telah menerima pengiktirafan sebagai Pasukan Jualan Terbaik bagi Kumpulan Asia Pasifik ‘B’ untuk tahun 2023/2024, baru-baru ini.

    Indera Motors dalam kenyataannya memaklumkan mengenai pengiktirafan tersebut menyatakan bahawa anugerah berprestij tersebut telah mengukuhkan kedudukan pasukan jualan syarikat berkenaan sebagai antara yang terbaik di rantau Asia.

    Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong Foh Sen, menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian pasukan jualannya.

    “Anugerah ini merupakan bukti nyata atas komitmen tinggi dan kemahiran cemerlang pasukan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan.

    Kami akan terus berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan datang,” ujarnya.

    Sementara itu, Pengurus Jualan, Awang Hairol Ajak, turut menyuarakan penghargaan atas sokongan yang diterima.

    “Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar bagi kami dan menjadi motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami,” katanya.

    Indera Motors akan terus komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta mengekalkan standard kecemerlangan dalam setiap aspek operasinya.

    Indera Motors Sdn Bhd telah menerima pengiktirafan sebagai Pasukan Jualan Terbaik bagi Kumpulan Asia Pasifik ‘B’ untuk tahun 2023/2024. – GAMBAR SERAHAN INDERA MOTORS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda