Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    India akan miliki cheetah Afrika

    NEW DELHI, 20 JULAI – India dan Namibia menandatangani perjanjian hari ini untuk mendatangkan cheetah ke negara Asia Selatan itu dengan kumpulan pertama terdiri daripada lapan ekor kucing liar itu dijangka tiba bulan depan, kata para pegawai.

    India pada masa lalu memiliki cheetah Asia namun spesies itu diisytiharkan pupus di negara tersebut pada 1952.

    Perjanjian yang dimeterai hari ini itu akan menyaksikan cheetah Afrika Namibia diterbangkan bulan depan ke pusat hidupan luar di tengah negeri Madhya Pradesh untuk pembiakan – satu langkah yang berbetulan dengan perayaan Hari Kemerdekaan India ke-75.

    Perjanjian yang ditandatangani di New Delhi oleh menteri alam sekitar India, Bhupender Yadav bersama timbalan perdana menteri Namibia, Netumbo Nandi-Ndaitwah itu juga akan menyaksikan kedua-dua negara berkolaborasi dalam isu perubahan iklim, pengurusan bahan buangan dan hidupan liar.

    Taman Negara Kuno-Palpur di Madhya Pradesh akan dipilih sebagai rumah baharu kepada cheetah berkenaan kerana padang rumput dan pangkalan makanannya yang sesuai dengan felin tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda