India-Australia bakal meterai perjanjian perdagangan

SYDNEY, 1 OKT – Australia dan India berharap dapat mencapai kesepakatan perdagangan sebagai mercu tanda yang sudah lama ditangguhkan pada akhir 2022, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini yang mengumumkan pelancaran semula rundingan rasmi yang terbantut.

Perdagangan dua hala mencecah AS$17 bilion tahun lalu, dengan India mengeksport sektor perkhidmatan utamanya dan arang batu Australia dieksport ke India.

Kedua-duanya adalah anggota perikatan Quad dengan Amerika Syarikat dan Jepun dan berhasrat memperkukuh hubungan strategik untuk mengatasi ekonomi China serta bidang lain.

Ekoran rundingan menteri perdagangan di New Delhi, kedua-dua negara menyokong ‘perundingan segera’ Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif.

Sementara itu kedua-dua buah negara merancang untuk mencapai perjanjian sementara ‘penuaian awal’ pada akhir tahun ini.

Kedua-dua pihak berharap memeterai perjanjian perdagangan seimbang yang menggalakkan aliran perdagangan dan pelaburan yang mendatangkan keuntungan kedua-dua ekonomi dan ia mencerminkan komitmen bersama sistem perdagangan antarabangsa kedua-dua negara. – AFP