Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    India batal mesyuarat dengan Pakistan

    NEW DELHI, 21 Sept – India membatalkan satu mesyuarat yang jarang terjadi hari ini antara menteri luarnya dengan menteri luar Pakistan yang dijadualkan berlangsung menjelang Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hanya sehari selepas mengumumkan bahawa ia akan diadakan.

    Kementerian Luar India menyalahkan ‘pembunuhan terbaharu seorang anggota keselamatan India oleh entiti yang berpangkalan di Pakistan dan pengeluaran terbaharu 20 stem pos oleh Pakistan mengagungkan keganasan dan pengganas’.

    Ia menambah bahawa tindakan terbaharu itu mendedahkan ‘agenda jahat’ dan ‘wajah sebenar’ Perdana Menteri baharu Pakistan, Imran Khan.

    Kenyataan itu tidak menyatakan pembunuhan mana yang dimaksudkan, namun awal minggu ini seorang pengawal sempadan India di kawasan bertikai Kashmir telah terbunuh.

    Dan hari ini tiga anggota polis telah ditemui mati selepas diculik di Kashmir, bawah pentadbiran India.

    India telah lama menuduh Pakistan membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak di Kashmir, kawasan Himalaya yang terbahagi antara dua negara namun diakui sepenuhnya oleh kedua-dua buah negara.

    Baru-baru ini, Pakistan telah mengeluarkan stem pos mengenai Burhan Wani, seorang komander militan Kashmir yang dibunuh oleh tentera India pada Julai 2016.

    Pertemuan di New York antara Menteri Luar India, Sushma Swaraj dan Shah Mehmood Qureshi dari Pakistan baru sahaja disahkan semalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda