Sunday, October 20, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India batal rancangan tangkap anjing liar

    NEW DELHI, 6 OGOS – Ibu negara India telah menghentikan rancangan untuk menangkap dan menyembunyikan beribu-ribu anjing liar sebelum pemimpin dunia tiba di bandar besar itu untuk sidang kemuncak G20 bulan depan, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

    Kerajaan perbandaran New Delhi mengumumkan Khamis lalu, ia akan mengumpulkan anjing di luar hotel butik dan kawasan tumpuan pelancong yang popular dan menyimpannya di pusat pensterilan haiwan sehingga sidang kemuncak itu selesai.

    Tetapi dasar itu ditarik balik secara tiba-tiba pada hujung minggu, seorang pegawai tempatan memberitahu AFP hari ini, tanpa menjelaskan sebabnya.

    Media tempatan melaporkan bahawa skim menangkap anjing itu telah menimbulkan tentangan daripada penduduk Delhi dan aktivis hak haiwan.

    Lebih 60,000 anjing liar tinggal di jalanan Delhi mengikut angka terkini kerajaan bagi Banci Ternakan India pada 2012. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda