Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    India bawa keluar 78 lagi dari Kabul

    NEW DELHI, 24 OGOS – India hari ini membawa keluar 78 orang lagi dari Kabul ketika Amerika Syarikat (AS) melakukan persiapan mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir, 31 Ogos.

    Kira-kira 800 warga India dan Afghanistan diterbangkan ke New Delhi sejak 16 Ogos.

    “Mereka yang dibawa keluar pada Selasa termasuk 25 warga India,” kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi di Twitter.

    Kumpulan itu diterbangkan dari Kabul ke Dushanbe, Tajikistan dengan pesawat Tentera Udara India sebelum dibawa ke New Delhi dengan pesawat komersial India. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda