Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    India beli 26 pesawat pejuang dari Perancis

    NEW DELHI, 28 APRIL – India telah menandatangani kontrak untuk membeli 26 pesawat pejuang Rafale dari Perancis, kata Kementerian Pertahanan New Delhi hari ini, dengan perjanjian bernilai berbilion dolar untuk pembelian pesawat tempat duduk tunggal dan berkembar.

    Apabila penghantaran tiba, pesawat itu akan menyertai 36 pesawat pejuang Rafale buatan Perancis yang sebelumnya telah diperoleh oleh New Delhi sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memodenkan armada tenteranya dengan pantas.

    “Kerajaan India dan Perancis telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 26 pesawat Rafale,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

    Pesawat yang dibuat oleh syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation, dijangka beroperasi dari kapal pengangkut pesawat buatan India, menggantikan pesawat MiG-29K Rusia.

    “Ia termasuk latihan, simulator, peralatan berkaitan, senjata dan logistik berasaskan prestasi serta 22 pesawat tempat duduk tunggal dan empat jet berkembar,” kata Kementerian Pertahanan India. – AFP

    Gambar fail bertarikh 4 Januari 2025 menunjukkan pesawat pejuang Rafale Perancis di Pelabuhan Mormugao, di Goa. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda