India benarkan pelancong kembali kunjungi Kashmir

NEW DELHI – Pihak berkuasa di Kashmir yang dikuasai oleh India akan membenarkan pelancong kembali ke rantau tersebut selepas dua bulan sekatan untuk memasuki kawasan tersebut atas faktor keselamatan di tengah-tengah tindakan keras India, kata seorang pegawai baru-baru ini.

Akan tetapi pelancong tidak mungkin akan merasakan keseronokan sebelum ini di kawasan yang dipertikaikan itu atau dapat menggunakan Internet atau telefon bimbit, yang masih lagi disekat dan dipotong. Jurucakap kerajaan tempatan, Rohit Kansal berkata bahawa keputusan itu dibuat selepas kajian semula terhadap keadaan di kawasan itu dilakukan semula.

Pihak kerajaan telah mengarahkan pelancong untuk meninggalkan kawasan itu pada 2 Ogos lalu sebelum India melepaskan wilayah majoriti Islam dan separuh autonomi selama berabad lamanya. Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah menghantar 10,000 tentera tambahan ke rantau tersebut. Kashmir dalam penjagaan keselamatan dan dipantau sehingga hampir kesemua komunikasi termasuk Internet telah dipotong. Pasukan India telah menangkap ribuan aktivis anti-India sertia aktivis pro-India, termasuk beberapa pemimpin Kashmiri.

Pergerakan itu telah menyebabkan kemarahan yang meluas malah Kashmiri bimbang jika kemasukan penduduk Hindu yang banyak akan mengubah budaya dan demografi rantau tersebut.

Pihak berkuasa telah melepaskan beberapa sekatan dan menggalakkan pelajar untuk kembali ke sekolah serta mengalakkan perniagaan dijalankan semula, tetapi kebanyakan penduduk Kashmir masih duduk diam di dalam rumah sebagai tindakan mereka untuk menentang pemerintahan India.

Landskap Kashmir, pusat peranginan ski, perahu tasik dan kebun apel telah lama menjadikan Kashmir sebagai destinasi menarik bagi pelancong. – AP

Mereka turut melancarkan kempen penolakan bagi meneruskan kehidupan biasa mereka. Kedai-kedai pula telah mula beroperasi mengikut jam operasi baharu dan terhad pada waktu pagi dan petang sahaja.

Sesetengah pengendali pelancongan berkata mereka terkejut terhadap keputusan kerajaan itu.

“Apabila kesemuanya ditutup, apa jenis pelancongan akan mengambil risiko untuk datang ke kawasan itu tanpa ada kemudahan asas seperti telefon dan pe-ngangkutan awam?” kata Bashir Ahmed, pengendali pelancong yang menutup perniagaannya sejak bulan Ogos lalu.

India sentiasa berusaha menggunakan pelancongan sebagai tanda-tanda normalisasi, kata Nazir Ahmed, guru sekolah Kashmiri.

Landskap Kashmir, pusat peranginan ski, perahu tasik dan kebun apel telah lama menjadikan Kashmir sebagai destinasi menarik bagi pelancong. Walau bagaimanapun, pemberontakan bersenjata yang ganas telah berlaku di beberapa kawasan Kashmir yang dikuasai oleh India sejak tahun 1989.

Kira-kira 70,000 penduduk telah terbunuh dalam pemberontakan tersebut, di mana Islamabad telah dituduh namun mereka menafikan. Kashmir dibahagikan antara dua gerakan bersenjata nuklear, di mana kedua-duanya mendakwa untuk menakluki Kashmir sehingga peperangan terjadi berikutan atas kawalan. – AP