Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    India bina penempatan semula akibat hakisan pantai

    ODISHA, 2 MEI – Kerajaan negeri Odisha di India merancang membina penempatan semula pertama di negara itu untuk penduduk yang terjejas oleh hakisan pantai akibat perubahan iklim, lapor Sputnik memetik The Economic Times kelmarin.

    Ketua Menteri Odisha Naveen Patnaik telah meluluskan AS$2.7 juta dalam peringkat pertama inisiatif pembangunan di kampung Bagapatia,” kata jurucakap pejabat Patnaik dipetik oleh akhbar.

    Pembiayaan itu untuk membina rumah, penyambungan elektrik, jalan raya dan kemudahan lain bagi mereka yang hilang tempat tinggal akibat hakisan pantai di kampung Satabhaya yang kini dinaiki air, kata laporan itu.

    Hakisan pantai berlaku akibat anjakan atau kehilangan tanah akibat kenaikan paras laut, menyebabkan ombak kuat dan banjir pantai. Hakisan menjejaskan komuniti yang tinggal di sepanjang pantai dan menimbulkan bahaya biodiversiti dan flora dan fauna di kawasan yang berisiko hakisan.

    Lebih satu pertiga daripada garis pantai sepanjang 4,290 batu di India rosak akibat hakisan dari 1990-2018, dengan negeri Bengal Barat paling terjejas, menurut Pusat Sains dan Alam Sekitar India.

    Kekerapan siklon yang semakin meningkat, aktiviti pembinaan pelabuhan, empangan dan perlombongan pantai merupakan antara punca hakisan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda