Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, Brazil calon yang layak sertai UNSC

    GENEVA, 8 FEB – Wakil tetap Rusia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Gennady Gatilov berpendapat India dan Brazil merupakan calon yang layak menyertai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, lapor Sputnik.

    “Adalah perlu untuk meluaskan keanggotaan membabitkan perwakilan negara membangun seperti Afrika, Asia dan Amerika Latin demi meningkatkan keberkesanan Majlis Keselamatan PBB.

    “Kami menganggap Brazil dan India sebagai calon utama untuk kerusi tetap Majlis jika keputusan dibuat untuk mengembangkannya, baik dalam kategori anggota tetap mahupun tidak tetap,” kata Gatilov ketika ditemu bual RIA Novosti. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda