NEW DELHI, 15 OKT – India hari ini membuka semula sempadannya untuk pelancong asing yang lengkap vaksinasi melalui penerbangan carter, langkah terbaharu melonggarkan sekatan koronavirus ketika jumlah jangkitan berkurangan.
Pelancong asing yang melalui penerbangan komersial biasa akan dapat memasuki India bermula 14 November.
Ia merupakan kali pertama India membenarkan pelancong asing memasuki negara sejak Mac 2020, ketika ia melaksanakan perintah berkurung koronavirus seluruh negara buat pertama kalinya.
Tidak jelas sama ada pelancong yang tiba perlu dikuarantin atau sebaliknya, namun syarat utama adalah mereka perlu melengkapkan vaksinasi dan diuji negatif
virus tersebut dalam masa 72 jam sebelum penerbangan mereka. – AFP