Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    India catat 18,132 kes baharu COVID-19

    NEW DELHI, 11 OKT – Angka COVID-19 di India meningkat kepada 33,971,607 kes hari ini, dengan 18,132 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir di seluruh negara.

    Ia jumlah kes baharu harian terendah dalam 215 hari terakhir, lapor Xinhua, memetik kenyataan kementerian kesihatan persekutuan.

    Selain itu, sebanyak 193 kematian akibat pandemik dilaporkan sejak pagi kelmarin menjadikan jumlah kematian 450,782 orang.

    Masih terdapat 227,347 kes COVID-19 aktif di negara itu berikutan penurunan sebanyak 3,624 kes aktif dalam 24 jam terakhir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda