Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India catat 186,364 kes baharu

    MOSCOW, 28 MEI – India mengesahkan 186,364 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, dengan jumlah keseluruhan kes mencecah 27,555,457, menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga negara itu pada Jumaat, lapor Sputnik.

    Jumlah korban pula mencapai 318,895 orang, dengan 3,660 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

    Sehari sebelumnya, India mengesahkan 211,298 kes COVID-19 baharu dengan 3,847 kematian.

    India menjadi negara kedua tertinggi daripada segi jumlah kes COVID-19 yang disahkan, di belakang Amerika Syarikat dengan lebih 33.21 juta yang dijangkiti. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda