Sunday, November 10, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    India catat 7,466 lagi jangkitan COVID-19

    NEW DELHI, 29 MEI – India mengesahkan sebanyak 7,466 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 165,799, lapor agensi berita Sputnik.

    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga pada hari ini berkata angka korban mencecah 4,706 orang menyaksikan 175 kematian baharu dicatatkan.

    Jumlah pesakit yang sembuh pula seramai 71,105, bertambah sebanyak 3,414.

    Negeri di bahagian tengah India, Maharashtra paling banyak mencatatkan kes iaitu 59,546 diikuti Tamil Nadu di bahagian selatan dengan 19,372 kes dan New Delhi yang melaporkan 16,281 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda