Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    India catat kematian pertama akibat Sindrom Guillain-Barre

    NEW DELHI, 28 JAN – Seorang lelaki disyaki dijangkiti Sindrom Guillain-Barre (GBS) meninggal dunia di negeri Maharashtra, barat India, kata pegawai kesihatan kelmarin.

    GBS adalah penyakit saraf yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.

    Itu adalah kematian pertama di Maharashtra yang disyaki disebabkan oleh GBS.

    Menurut pegawai, satu kes GBS dilaporkan di Pune, kira-kira 150 kilometer di tenggara Mumbai, menyaksikan jumlah kes meningkat kepada 101.

    Menurut laporan, pasukan jabatan kesihatan dan pegawai Majlis Perbandaran Pune mempertingkat pemantauan di kawasan yang terjejas.

    Doktor berkata jangkitan bakteria dan virus biasanya menyebabkan GBS kerana ia melemahkan sistem imun pesakit.

    Walaupun ia lebih biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda, ia tidak akan menyebabkan wabak atau pandemik.

    Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik kerana kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya dengan rawatan, kata pegawai kesihatan.

    Sementara itu, kementerian kesihatan India menghantar pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota ke Pune untuk menilai situasi berikutan wabak GBS itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda