Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    India cipta sejarah rangkul Piala Thomas 2022

    BANGKOK, 15 MEI – Pengakhiran yang mengagumkan buat India apabila muncul juara Piala Thomas edisi 2022 selepas menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir berlangsung di Impact Arena kelmarin.

    Pemain perseorangan utama India, Lakshya Sen melunaskan tugas dengan baik apabila menyumbang mata pertama selepas menewaskan lawannya Anthony Sinisuka Ginting dalam perlawanan yang berlangsung hingga set penentuan.

    Lakshya di ranking kesembilan dunia yang tewas pada set pertama dengan 21-8, bangkit mengecewakan pemain di ranking kelima dari Indonesia itu 21-17, 21-16 sekali gus meletakkan pasukan India di hadapan dengan 1-0.

    Beregu utama Indonesia, Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang menampakkan sinar apabila menang set pertama 21-18, bagaimanapun terpaksa akur apabila tumbang pada set berikutnya kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

    Satwiksairaj-Chirag ternyata bersemangat apabila berjaya mengubah kedudukan dengan memenangi dua set berikutnya 23-21, 21-19, dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 73 minit untuk mengukuhkan kedudukan pasukan India.

    Srikanth Kidambi yang turun selaku perseorangan kedua ternyata tidak mensia-siakan prestasi terbaik dipamerkan oleh Lakhsya dan gandingan Satwiksairaj-Chirag, untuk berdepan lawannya Jonatan Christie dalam perlawanan terakhir.

    Pemain kelahiran Guntur berusia 29 tahun itu menguasai set pertama dengan 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan dengan 23-21 untuk menobatkan India sebagai juara baharu Piala Thomas kali ini. – Bernama

    Reaksi skuad badminton India bergambar bersama pingat dan Piala Thomas pada perlawanan akhir kejohanan Piala Thomas kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...