Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    India dan Malaysia perkukuh kerjasama ekonomi, pertahanan

    NEW DELHI, 21 OGOS – India dan Malaysia akan berusaha untuk mengembangkan hubungan ekonomi dan mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan, kata pemimpin kedua-dua negara itu, kelmarin.

    Ikrar itu dibuat semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ke India, yang pertama sejak beliau memegang jawatan pada 2022, di mana beliau bertemu rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi.

    Baru-baru ini, Anwar telah berusaha untuk mendekati China, yang mempunyai pertikaian sempadan yang berlarutan dengan New Delhi.

    Perkara penting dasar luar Modi adalah memperkukuh perdagangan dan hubungan dengan negara-negara Asia lain, termasuk Malaysia, bagi mengurangkan pengaruh China yang semakin meningkat di rantau ini.

    Kedua-dua ketua negara berkenaan bercakap kepada pemberita selepas menandatangani beberapa perjanjian baharu, termasuk teknologi digital, pelancongan dan perubatan tradisional.

    Anwar berkata kedua-dua negara telah menikmati hubungan baik selama bertahun-tahun, sambil menambah ‘kami menyedari ia mesti diperkukuh dalam pelbagai bidang,’ termasuk pembinaan, pertanian dan kerjasama ketenteraan untuk melindungi sempadan kedua-dua negara. – AP

    Narendra Modi (kanan) berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat peringkat delegasi di New Delhi, India, pada 20 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda