Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    India dedah kapal angkasa ke bulan

    BANGALORE, INDIA, 12 JUN – India hari ini mendedahkan sebuah kapal angkasa lepas yang dijangka akan berlepas ke bulan pada bulan hadapan, menjadikan negara itu yang keempat untuk mencapai misi menakjubkan itu.

    Misi ke bulan itu akan menjadi kali kedua bagi India dan jika berjaya ia akan menempatkan negara itu dalam liga Amerika Syarikat (AS), bekas Kesatuan Soviet dan China.

    Dinamakan Chandrayaan-2, pesawat itu terdiri daripada sebuah orbiter, pendarat dan perayau yang dibangunkan oleh Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO). Ia akan dilancarkan dari pusat angkasa Sriharikota pada 15 Julai dan dijangka mendarat berhampiran Kutub Selatan bulan pada 6 September.

    Sebaik saja ia mendarat, perayau akan menjalankan eksperimen sambil dikawal jauh oleh para saintis ISRO. – AFP

    Saintis ISRO ketika memeriksa orbiter ‘Chandrayaan-2’ di Bangalore pada 12 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda