Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    India denda Google AS$113 juta

    MOSCOW, 26 OKT – Suruhanjaya Persaingan India mendenda Google sejumlah AS$113 juta kerana menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran aplikasi Play Store, lapor Sputnik.

    Minggu lepas, India juga mengenakan denda ke atas Google membabitkan sejumlah AS$162.2 juta kerana menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam beberapa pasaran dalam ekosistem peranti mudah alih Android.

    “Suruhanjaya Persaingan India (Suruhanjaya) hari ini mengenakan penalti sebanyak Rs936.44 crore (AS$113.6 juta) ke atas Google kerana menyalahgunakan kedudukan dominannya membabitkan dasar Play Store, selain mengeluarkan perintah henti dan tamat.

    Suruhanjaya itu juga mengarahkan Google mengubah suai peraturannya dalam tempoh masa yang ditetapkan,” kata agensi itu dalam kenyataan pada Selasa.

    Play Store adalah pasaran aplikasi terbesar dalam ekosistem Android, dan kawalan Google ke atas Play Store membolehkannya menentukan syarat kepada pembangun aplikasi dan memaksa mereka menggunakan sistem pembayarannya sendiri. Ia mendapati Google mensyaratkan pembangun aplikasi secara eksklusif dan mandatori menggunakan sistem.

    Pengebilan Google Play bukan sahaja untuk menerima bayaran bagi aplikasi yang diedarkan melalui Google Play Store malah ke atas pembelian tertentu yang dibuat oleh pengguna selepas memasang aplikasi berkenaan, sekali gus menafikan hak pembangun. untuk memilih sistem pembayaran mereka sendiri. – Bernama

    Gambar file menunjukkan pemandangan pusat data Google sempena ulang tahunnya yang ke-15 di Ghlin, Belgium. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...