Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    India dijangka kukuhkan belajawan

    NEW DELHI, 29 Jan – Kerajaan India dijangka mengukuhkan perbelanjaan dalam belanjawan terbarunya minggu ini, berusaha untuk mengurangkan kesukaran dari tegahan ke atas wang kertas bank nilai tinggi yang menjejaskan ekonomi utama dunia yang pesat membangun itu.

    Sebelum siri-siri pemilihan, Menteri Kewangan Arun Jaitley akan mendedahkan belanjawan pada Rabu yang menurut para penganalisis akan bertujuan mengimbangi impak dari apa yang digelarnya program demonetisasi (penghentian penggunaan wang kertas tertentu) dengan langkah rangsangan.

    “Tumpuan dominan belanjawan bagaimanapun menunjukkan perolehan dari mentaliti kepayahan, bagaimana kepayahan demonetisasi membantu kerajaan mendapatkan beberapa sumber tambahan yang kini boleh disebarkan,” Rajeev Malik, ahli ekonomi kanan syarikat pembrokeran, CLSA, memberitahu AFP.

    “Ia akan menjadi belanjawan yang bertujuan melegakan kesukaran.”

    Sebelum keputusan Perdana Menteri Narendra Modi yang mengejutkan pada November lau, untuk menarik balik semua wang kertas 500 dan 1,000 rupee dari pengedaran, Dana Mata wang Antarabangsa (IMF) telah meramalkan ekonomi India akan tumbuh 7.6 peratus dalam tahun 2016, lebih pantas dari mana-mana negara besar lain.

    Namun ketika pihak berkuasa dalam kepayahan mencetak semula wang nota pengganti dengan cukup pantas, yang mengakibatkan perbelanjaan pengguna merosot, IMF menurunkan peratusan mata dari ramalannya. Ramalan kerajaan ialah pertumbuhan 7.1 peratus.

    Dengan menggambarkan demonetisasi sebagai serangan ke atas rasuah atau penyorokan tunai yang akan akhirnya menaikkan hasil cukai, Modi setakat ini terlepas daripada tindak balas hebat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda