NEW DELHI, 26 JULAI – India terus dicengkam penderitaan disebabkan musim tengkujuh yang berterusan, dengan hujan lebat melanda kebanyakan kawasan di negara itu hari ini.
Jabatan cuaca mengeluarkan ‘amaran merah’, selain meramalkan hujan lebat pada Rabu dan Khamis di kebanyakan tempat di negeri Andhra Pradesh, Telangana, Karnataka, Goa dan Maharashtra.
Walaupun hujan lebat dan banjir melanda wilayah utara baru-baru ini, hujan sederhana lebat diramalkan untuk Haryana, New Delhi, Himachal Pradesh, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh barat dan diletakkan di bawah kategori ‘jingga’.
Hujan sederhana lebat diramalkan di Haryana, New Delhi, Himachal Pradesh, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh dan diletakkan di bawah kategori ‘jingga’.
Air masih bergenang di beberapa kawasan di New Delhi selepas hujan melanda ibu negara India itu dan kawasan sekitarnya pada Rabu.
Beratus-ratus kenderaan yang diletakkan di sebuah kawasan di bandar Noida di pinggir New Delhi ditenggelami air akibat limpahan air sungai Hindon semalam.
Lebih 500 orang maut dalam kejadian berkaitan hujan, termasuk tanah runtuh dan banjir, di seluruh India sejak Jun. – Bernama
