Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, Filipina kukuhkan kerjasama pelbagai bidang

    NEW DELHI, 30 JUN – Menteri Luar India S. Jaishankar dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo pada Khamis memutuskan untuk mengukuhkan lagi perkongsian dua hala dalam bidang seperti maritim, angkasa lepas, penguatkuasaan undang-undang, perdagangan dan pelaburan, lapor Xinhua.

    Manalo dilaporkan dalam rangka lawatan rasmi ke India dari 27-30 Jun.
    Kedua-dua menteri luar itu mempengerusikan mesyuarat kelima Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala di New Delhi kelmarin.

    Mereka turut menekankan keperluan untuk mengembangkan kerjasama pelancongan dan pertukaran rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara.

    Selain itu, kerjasama dalam sektor pertanian turut diperhebatkan.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda