Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India haram aplikasi TikTok

    NEW DELHI, 30 JUN – India kelmarin telah mengharamkan penggunaan aplikasi video TikTok dan puluhan lagi aplikasi mudah alih lain yang dibangun-kan syarikat China atas faktor keselamatan dan privasi.

    Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat dalam satu kenyataan kelmarin, berkata, 59 aplikasi dilarang digunakan ekoran ‘kebimbangan mengenai aspek berkaitan keselamatan data dan privasi’ rakyat India yang menggunakannya.

    Antara aplikasi itu termasuk WeChat, Shareit, Cam Scanner, Kwai, UC Browser, Baidu map, Virus Cleaner dan Newsdog.

    Menurut kementerian itu lagi keputusan berkenaan diambil selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan beberapa aplikasi mudah alih di platform Android dan iOS.

    Langkah itu juga susulan ketegangan di sempadan India-China yang masih berterusan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda