BANGLAORE, 1 JAN – India merancang untuk melakukan cubaan terbaharu mendaratkan misi tanpa manusia ke bulan dalam tahun ini, selepas cubaannya yang gagal tahun lalu, ketua program angkasa lepas negara itu mengatakan hari ini.
Kerja-kerja sedang berjalan ‘lancar’ bagi misi Chandrayaan-3 untuk meletakkan sebuah kapal perayau di permukaan bulan, Pengerusi Organisasi Penyelidikan Angkasa India, K. Sivan memberitahu satu sidang media. “Kami menyasarkan pelancaran tahun ini, namun ia mungkin berlanjutan sehingga tahun hadapan,” kata Sivan. Sumber India mengatakan pihak berkuasa menetapkan November sebagai sasaran awal pelancaran.
India kini berusaha menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China untuk melancarkan misi ke permukaan bulan dan membuktikan kelayakannya sebagai kuasa angkasa kos rendah. – AFP