Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India kecam WHO berhubung laporan dakwaan 4 juta kematian COVID

    NEW DELHI, 18 APRIL – India mengecam kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bakal diterbitkan yang melaporkan dakwaan koronavirus telah meragut empat juta orang di negara itu, analisis terbaharu menyatakan jumlah yang belum dihitung daripada jumlah kematian pandemik.

    New York Times melaporkan minggu lalu yang New Delhi telah menangguhkan penyiaran kajian itu selepas mempertikaikan kiraan kematian sebenar India adalah lapan kali ganda lebih tinggi daripada jumlah rasmi.

    Kesimpulan itu berpadanan dengan jumlah sama daripada Lancet bulan lalu dan kajian Februari dalam jurnal Sains yang menyatakan jumlah kematian COVID kira-kira 3.2 juta.

    Namun kementerian kesihatan India berkata dalam kenyataan pada hujung minggu bahawa modeling matematik WHO mengenai pandemik adalah ‘dipersoalkan’ dan ‘tidak terbukti secara statistik’.

    Beberapa kebimbangan telah dibangkitkan oleh badan kesihatan global berhubung laporan itu, termasuk apa yang kementerian katakan adalah anggapan ‘pelik’ mengenai kaitan antara suhu rendah dan kematian bulanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda