Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    India keluar amaran gelombang panas di tujuh negeri

    NEW DELHI, 21 MEI – Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri, kata pegawai hari ini, lapor Xinhua.

    Gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di Uttar Pradesh dan Gangetic West Bengal, Jharkhand, selatan Haryana, barat Rajasthan, Chhattisgarh dan utara Madhya Pradesh.

    Cuaca panas dan tidak selesa dijangka berlaku di Odisha dalam tempoh lima hari akan datang selain di wilayah Konkan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala sehingga esok. – Bernama

    Orang ramai melintas jalan semasa hari panas di istana presiden India, New Delhi pada 21 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda