India kenakan perintah berkurung di Bangalore

NEW DELHI, 12 JULAI – Kes jangkitan koronavirus COVID-19 di India hampir mencecah 850,000 dengan peningkatan jangkitan baharu sebanyak 28,637 kes dalam tempoh 24 jam terakhir, mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan lockdown selama seminggu di hab teknologi utama di Bangalore.

Kes baharu yang disahkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 849,553. Kementerian Kesihatan hari ini juga melaporkan 551 lagi kematian, menjadikan kematian di seluruh negara sebanyak 22,674 orang.

India telah mengatasi Rusia dalam jumlah jangkitan dan kini berada di belakang Amerika Syarikat dan Brazil, menurut perkiraan oleh Johns Hopkins University.

Negara bahagian Karnataka Selatan, yang merupakan pusat IT Bangalore adalah rumah kepada pejabat Microsoft, Apple dan Amazon, melanjutkan perintah berkurung selama satu minggu lagi bermula Selasa ini.

New Delhi, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Pune adalah antara bandar utama India yang menyaksikan peningkatan jangkitan. Beberapa negeri juga telah mengumumkan penutupan ketat di kawasan yang mempunyai risiko tinggi. – AFP

Pekerja menyiapkan katil pesakit di Pusat Penjagaan COVID dengan kapasiti 10,100 katil di dalam Pusat Pameran Antarabangsa Bangalore (BIEC) di Bangalore pada 7 Julai. Kes jangkitan COVID-19 di India hampir mencecah 850,000 mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan lockdown selama seminggu di hab teknologi utama di Bangalore. – AFP