NEW DELHI, 3 OGOS – Kerajaan India hari ini mengetatkan import komputer riba, tablet, komputer peribadi dan pelayan komputer berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.
Arahan berkenaan dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Industri Persekutuan dan import barangan itu hanya akan dibenarkan untuk lesen yang sah bagi import terhad.
Bagaimanapun, peraturan berkenaan tidak tertakluk kepada penumpang yang membawa peranti yang disenaraikan itu, di dalam bagasi mereka.
Mengikut arahan berkenaan, sehingga 20 item bagi setiap konsainan layak mendapat pengecualian lesen import bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, kajian, penanda aras dan penilaian, pembaikan dan eksport semula serta pembangunan produk.
Meskipun kerajaan tidak menjelaskan rasional di sebalik langkah itu, pakar industri berpendapat langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pengeluaran tempatan. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P14-D-Freepik_04082023.jpg)