Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit

    NEW DELHI, 26 MAC – Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) hari ini melancarkan roket LVM3 yang membawa 36 satelit komunikasi OneWeb.

    Roket itu dilancarkan pada 9 pagi dari Pusat Angkasa Satish Dhawan yang terletak di pulau tenggara Sriharikota dan pelancaran berkenaan turut disiarkan oleh ISRO, lapor Sputnik.

    Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit yang bakal menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.

    Ini adalah kali kedua OneWeb menggunakan perkhidmatan ISRO untuk melancarkan satelit.

    Sebelum ini, kelompok pertama 36 satelit OneWeb telah dilancarkan ke orbit pada Oktober 2022 dengan menggunakan roket India.

    Projek OneWeb direka untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia menjelang 2027.

    Pada November 2020, OneWeb mengisytiharkan muflis dan telah dijual kepada kerajaan United Kingdom dan syarikat India, Bharti Global. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -