NEW DELHI, 25 Dis – India melancarkan kereta api metro dengan teknologi tanpa pemandu hari ini, walaupun pegawai mengatakan bahawa kereta api itu akan beroperasi dengan pemandu sekurang-kurangnya satu atau dua tahun mendatang ini.
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengambil perjalanan sulung di bahagian jarak pendek iaitu 12.6 kilometer Magenta Line, yang menghubungkan bahagian selatan New Delhi dengan Bandar satelit Noida, sebuah hab IT seberang sungai Yamuna.
Koperasi Landasan Delhi Metro berkata bahawa tren yang automatik akan dijalankan pada mulanya dengan pemandu tetapi boleh dipandu tanpa pemandu di masa yang akan datang. Seorang pegawai memberitahu akhbar Indian Express bahawa kereta api tersebut akan mempunyai pengendali manusia untuk ‘satu atau dua tahun’.
Salah satu kereta api baru yang terhempas di dinding di depot minggu lalu, mencetuskan kebimbangan mengenai teknologi automatik itu.

Walau bagaimanapun, Delhi Metro menegaskan bahawa kesilapan manusia adalah punca utama tragedi itu apabila pekerja lupa untuk memasang semula brek selepas mereka mencabutnya bagi tujuan penyelenggaraan. Kereta api tersebut terjatuh dari landasan dan terkena dinding.
Magenta Line adalah tambahan terbaru kepada sistem Delhi Metro, yang dibuka 15 tahun lalu dan meliputi lebih dari 200 kilometer.
Ia telah membuat perjalanan ke tempat kerja dan sekolah dengan lebih mudah untuk penduduk Delhi yang ramai itu, walaupun kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara masih menjadi masalah yang serius. – AP