Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.

    Kerajaan memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac, menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri.

    Kenaikan harga makanan di negara paling ramai penduduk dunia itu boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik, terutama menjelang pilihan raya parlimen tahun depan.

    Kekurangan bawang yang menjadi bahan utama dalam masakan India selain harganya yang tinggi berpotensi mencetuskan kekecohan dalam politik India.

    Harga runcit bawang telah meningkat kepada kira-kira 80 rupee (AS$1 = 83.3 rupee India) di New Delhi, hampir dua kali ganda daripada harga pada Oktober.

    Gambar Canva

    Kerajaan menetapkan harga lantai untuk eksport pada AS$800 satu tan pada Oktober hingga akhir 2023.

    Bagaimanapun, dengan larangan eksport, kerajaan berharap dapat memastikan harga domestik kekal mampu milik kepada pengguna biasa.

    Langkah itu bertujuan untuk membendung inflasi makanan.

    Kementerian Hal Ehwal Pengguna pada Jumaat juga mengurangkan separuh had stok gandum yang boleh disimpan oleh pemborong dan peruncit.

    “Langkah itu diambil untuk mengurus keterjaminan makanan secara menyeluruh selain bagi mencegah lambakan dan spekulasi tidak bertanggungjawab,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...