Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    India: Lebih 3,210 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk pada 2023

    NEW DELHI, 6 FEB – Kerajaan India berkata sepanjang tahun lepas  sebanyak  3,210 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk dan sejumlah 2,109 penerbangan lagi terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal.

    Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri Penerbangan Awam, V. K. Singh dalam jawapan bertulis di Parlimen.

    Minggu lepas, pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi mula menaik taraf landasan kedua untuk memastikan operasi yang lebih lancar ketika cuaca buruk, terutama semasa musim sejuk.

    Langkah itu pastinya akan melegakan penumpang yang mengalami kelewatan penerbangan di lapangan terbang New Delhi pada musim sejuk akibat kabus tebal. – Bernama

    – Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...