NEW DELHI, 17 JULAI – India hari ini menjadi negara ketiga di dunia yang merekodkan satu juta kes koronavirus, selepas Brazil dan Amerika Syarikat di mana jangkitan juga terus meningkat. Virus itu telah membunuh lebih 588,000 orang dan menjangkiti hampir 14 juta di seluruh dunia sejak ia pertama kali dikesan di China lewat tahun lalu.