Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    India meterai perjanjian tingkat jumlah import elektrik dari Nepal

    KATHMANDU, 5 JAN – Menteri Luar India mengakhiri lawatan dua hari ke Nepal hari ini, di mana beliau menandatangani perjanjian bagi meningkatkan jumlah import elektrik India dari jirannya.

    “Saya memberikan jaminan kepada awda bahawa kami komited untuk memberikan sokongan padu kami dan bekerja dengan tekad yang sama bagi merealisasikan lagi potensi hubungan demi manfaat penuh rakyat kedua-dua negara,” kata Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar di Kathmandu hari ini, sebelum pulang ke tanah air.

    India, yang melingkungi Nepal dari tiga sisinya, mempunyai pengaruh besar terhadap ekonomi dan politik negara.

    Jaishankar tiba di Nepal kelmarin di mana beliau bertemu Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal dan Presiden Ram Chandra Poudel dan mengambil bahagian dalam mesyuarat bersama di mana hubungan dua hala dibincangkan.

    Kedua-dua negara itu menandatangani perjanjian perdagangan kuasa jangka panjang kelmarin di mana India bersetuju untuk “berusaha meningkatkan eksport kuasa dari Nepal ke India kepada 10,000 megawatt dalam tempoh masa 10 tahun,” menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kedutaan India di Kathmandu. – AP

    Subrahmanyam Jaishankar berucap pada sidang akhbar di New Delhi, India pada 17 September 2019. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda