Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    India mulakan pembuangan sisa beracun selepas tragedi gas Bhopal

    NEW DELHI, 2 JAN – Pihak berkuasa India memindahkan ratusan tan sisa berbahaya lebih 40 tahun selepas bencana industri membawa maut di dunia melanda bandar Bhopal, lapor media kelmarin.

    Komuniti sekitar telah lama menyalahkan pencemaran air bawah tanah akibat kebocoran gas beracun dari kilang Union Carbide pada Disember 1984 yang menyebabkan peningkatan penyakit yang tinggi.

    Sekitar 3,500 korban selepas kebocoran bahan kimia pada 2 Disember 1984, manakala dianggarkan lebih 25,000 maut secara keseluruhannya.

    Sebanyak 12 trak mula mengangkut 337 tan sisa tersebut, dibungkus dalam bekas dan dikawal oleh polis secara konvoi ke tapak pelupusan yang terletak 225 kilometer dari lokasi, di Pithampur pada malam kelmarin, menurut agensi berita Press Trust of India.

    “Konvoi ini telah dilindungi dengan protokol keselamatan yang paling ketat dalam pemindahan sisa industri di negara ini,” kata Pengarah Jabatan Pemulihan dan Bantuan Gas Negeri, Swatantra Kumar Singh, menurut laporan Times of India.

    Singh menambah bahawa sisa tersebut akan ‘dilupuskan secara saintifik’ melalui pembakaran.

    Arahan untuk membersihkan sisa toksik itu dikeluarkan pada Disember lalu, selepas ulang tahun ke-40 tragedi tersebut oleh Mahkamah Tinggi Negeri Madhya Pradesh.

    Ujian air bawah tanah berhampiran tapak tersebut sebelum ini mendedahkan bahan kimia penyebab kanser dan kecacatan kelahiran 50 kali lebih tinggi oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda