Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    India: Penutupan sekolah dilanjutkan seminggu

    NEW DELHI, 5 NOV – Pihak berkuasa di ibu negara India yang tercemar dengan asbut, New Delhi, hari ini telah memanjangkan tempoh penutupan sekolah selama seminggu lagi, tanpa tanda-tanda peningkatan dalam tahap pencemaran yang sangat tinggi di bandar itu.

    New Delhi selalu ditutupi oleh asbut yang serius setiap musim gugur, terutamanya disalahkan kepada pembakaran jerami oleh petani di negeri-negeri pertanian jiran.

    Bandar ini selalu disenaraikan sebagai salah satu daripada yang paling tercemar di planet ini, dengan asbut tahunannya yang disalahkan kerana beribu-ribu kematian awal setiap tahun.

    “Memandangkan tahap pencemaran terus kekal tinggi, sekolah rendah di Delhi akan ditutup sehingga 10 November,” kata menteri pendidikan negeri Delhi, Atishi, di X.

    Sekolah menengah ‘diberi pilihan untuk beralih ke kelas dalam talian’, tambah Atishi, yang hanya menggunakan satu nama, selepas beberapa hari tahap pencemaran yang tinggi.

    Ibu kota India itu yang mempunyai penduduk 30 juta sekali lagi disenaraikan sebagai bandar paling tercemar di dunia hari ini, menurut firma pemantau IQAir.

    Negeri Delhi setiap tahun mengenakan sekatan ke atas aktiviti pembinaan dan mengarahkan beberapa kenderaan keluar dari jalan raya apabila pencemaran mencapai tahap teruk. – AFP

    Pihak berkuasa di ibu kota India yang dilanda asbut kelmarin melanjutkan penutupan sekolah selama seminggu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda