Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    India perketat undang-undang penerbangan lepas ancaman bom palsu

    NEW DELHI, 22 OKT – Menteri Penerbangan India berkata kelmarin beliau mahu mengetatkan undang-undang selepas lebih 90 ancaman bom palsu terhadap syarikat penerbangan India pada minggu lalu mengakibatkan hura-hara dan gangguan dalam perkhdimatan penerbangan.

    Ram Mohan Naidu berkata keselamatan dan perlindungan penumpang menjadi keutamaan, justeru pemeriksaan lapangan terbang telah dipertingkatkan.

    Beberapa ancaman telah mendorong pesawat dilencongkan ke Kanada dan Jerman, manakala jet pejuang bergegas untuk mengiringi pesawat di udara sekitar Britain dan Singapura.

    Pihak berkuasa penerbangan awam terpaksa menyemak setiap penerbangan yang telah menerima ancaman di mana kebanyakannya melalui mesej yang disiarkan di X.

    Beliau juga berkata terdapat perbincangan untuk tindakan perundangan bagi merombak undang-undang penerbangan dan keselamatan pesawat, serta menjadikan sesiapa sahaja yang membuat ancaman sedemikian bertanggungjawab atau dikenal pasti, di samping kemungkinan hukuman yang lebih panjang akan dijatuhkan.

    “Kami mahu melakukannya supaya dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

    Seorang individu di bawah umur telah ditangkap di India, akan tetapi ancaman itu masih berterusan.

    Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang ancaman yang dibuat kelmarin. – AFP

    Gambar fail bertarikh 31 Oktober 2023 menunjukkan pesawat Air India di New Delhi, India. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda