NEW DELHI, 8 JUN – Kompleks membeli-belah dan tempat-tempat ibadat hari ini dibuka semula di beberapa bandar di seluruh India, di sebalik rekod harian tinggi jangkitan baharu koronavirus, dengan pandemik itu dijangka menular dan menjejaskan negara itu selama beberapa minggu akan datang. Selepas 10 minggu perintah berkurung, kerajaan mengambil risiko membatalkan beberapa sekatan dalam usaha